TAJUK : GAGAK BERBULU HITAM
ISBN : 978-983-165-748-5
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2008
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, gagak bersahabat baik dengan bangau. Bulu gagak putih bersih. Bulu bangau pula hitam berkilat. Gagak sentiasa menjaga bulunya agar kemas dan cantik. Banyak burung lain yang cemburu kepada gagak. Gagak tidak sombong walaupun mempunyai bulu yang cantik.
Suatu hari, bangau memuji-muji bulu gagak yang putih bersih itu. Bangau juga inginkan bulu yang putih bersih seperti bulu gagak. Gagak pun menceritakan rahsianya kepada bangau. Gagak lalu mengajak bangau pergi ke sarangnya. Gagak memberikan cecair berwarana putih kepada bangau. Gagak mengajar bangau bagaimana menggunakan cecair putih itu.
Tiba disarangnya, bangau menyiram cecair itu pada bulunya. Bulu bangau bertukar menjadi putih sedikit demi sedikit. Bangau berniat jahat. Bangau tidak mahu dia dan gagak menjadi perhatian burung-burung lain. Ia mencampurkan cecair putih itu dengan cecair berwarna hitam. Bangau memulangkan cecair yang telah bercampur itu kepada gagak.
Gagak yang tidak tahu niat jahat bangau menyiram cecair itu pada bulunya. Gagak terkejut apabila bulunya bertukar hitam. Sejak itu, gagak tidak lagi berkawan dengan bangau.
MORAL :
Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
PERKATAAN BARU :
1- berkilat - berkilau
2- sombong - bongkak
3- bertuah - beruntung
4- siram - tuang
5- niat - tujuan
6- syak - curiga
Saya nak pesan siapa Yang comment ni elok sikit la dia penat penat buat buku korang tak hargai ke..
ReplyDeletebetul respect this people make this moral book
Delete