Pages

Wednesday, June 2, 2010

Anak Itik yang Hodoh


TAJUK : ANAK ITIK YANG HODOH
ISBN : 978-983-165-760-7

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada seekor ibu itik yang sedang menanti 6 biji telurnya menetas. Suatu hari, sebutir demi sebutir telurnya menetas dan mengeluarkan anak-anak itik yang comel. Telur yang terakhir menetas, tetapi yang keluar adalah seekor anak itik yang hodoh. Bulunya berwarna kelabu.

Kerana keadaan dirinya yang berbeza, dia selalu disisihkan oleh adik-beradiknya yanng lain. Dia berasa sedih lalu melarikan diri.

Bermacam-macam kejadian telah berlaku kepadanya. Kerana terlalu letih, anak itik yang hodoh telah tertidur. Apabila sedar, dia telah bertukar menjadi seekor angsayang berbulu cantik.

PERKATAAN BARU :
1- mengeram - duduk di atas telur supaya menetas

2- ganjil - aneh

3- dipulaukan - disisihkan

4- kelibat - bayang-bayang

5- berhijrah - berpindah

No comments:

Post a Comment