Pages

Friday, July 9, 2010

Lagenda Mahsuri

TAJUK : LAGENDA MAHSURI

ISBN :
978-983-165-726-3

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Mahsuri lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin di Langkawi. Mahsuri seorang anak yang rajin dan selalu menolong keluarganya membuat kerja. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapanya.

Setelah dewasa, Mahsuri merupakan seorang gadis yang sangat cantik. Mahsuri berkahwin dengan Kelana. Ramai yang iri hati kepada Mahsuri. Salah seorangnya adalah isteri penghulu yang bernama Wan Mahura.

Pada waktu itu, askar-askar Siam menyerang Kedah. Ramai penduduk Kedah yang keluar berperang. Kelana juga keluar berperang. Mahsuri yang tinggal seorang diri, sentiasa menjaga tingkah lakunya sepanjang suaminya tidak ada di rumah.

Suatu hari, seorang penjual kain telah datang ke rumah Mahsuri. Wan Mahura yang melihat kejadian itu telah menyebarkan fitnah kononnya Mahsuri berbuat perkara yang tidak baik. Penduduk kampung telah mempercayai cerita itu tanpa usul periksa.

Wan Mahura bertambah gembira apabila suaminya turut mempercayai khabar tersebut. Penghulu mahu menghukum Mahsuri tanpa menyiasat kebenaran cerita itu.

Mahsuri telah dibawa ke Padang Mat Sirat dan diikat pada sebatang pohon asam jawa. Ramai penduduk kampung turut hadir di padang tersebut.

Sambil menangis, Mahsuri tidak henti-henti menafikan kesalahan yang difitnahkan kepadanya. Sebelum dihukum, Mahsuri telah bersumpah. Penghulu yang tidak peduli terus menikam Mahsiri dengan keris. Darah putih telah keluar dari tempat Mahsuri ditikam.

Penghulu dan penduduk kampung terkejut dengan kejadian itu. Ini membuktikan Maksuri tidak bersalah. Selepas kemaatiannya, askar-askar Siam telah menyerang Langkawi. Langkawi telah menjadi padang jarak padang tekukur.


MORAL :
Kita harus menyiasat sesuatu perkara dengan teliti sebelum menuduh seseorang.

PERKATAAN BARU :
1- dipelihara - dijaga

2- cemburu - dengki

3- terkorban - terbunuh

4- mereka-reka - mengada-ada

5- simpati - kasihan

6- lagenda - kisah yang menjadi sebutan

11 comments:

  1. HI sis...sya tgh mncari bku ni....please contact immediately..... 0174906956.. tq..

    ReplyDelete
  2. HI sis...sya tgh mncari bku ni....please contact immediately..... 0174906956.. tq..

    ReplyDelete
  3. Bila tarikh lair mahsuri, anyone know?

    ReplyDelete
  4. Hi saya mencari buku ni, please contact my number 0163880732 (ain)

    ReplyDelete
  5. How can I purchase this book. Pls contact me at 0122413360. TQ!

    ReplyDelete
  6. NAK CARI BUKU NI. PLEASE CONTACT 0194794708

    ReplyDelete