Pages

Thursday, June 10, 2010

Pari-pari dengan Pembuat Kasut


TAJUK :



PARI-PARI DENGAN PEMBUAT KASUT

ISBN :
978-983-165-757-7

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada seorang tukang kasut yang hidup miskin bersama isterinya. Mereka mengalami peristiwa pelik selama beberapa malam. Kulit yang dipotong telah bertukar menjadi sepasang kasut yang cantik keesokan harinya. Kejadian pelik itu berlaku pada waktu malam.

Sejak kejadian itu, tukang kasut menjadi popular dan perniagaannya bertambah maju. Pada suatu malam, tukang kasut dan isterinya berpakat untuk menyiasat apa yang berlaku. Rupa-rupanya selama ini, pari-pari telah menolong mereka menyiapkan semua kasut-kasut tempahan.

Untuk membalas budi pari-pari, tukang kasut dan isterinya telah menjahit baju dan kasut yang comel untuk dihadiahkan kepada pari-pari. Isterinya turut menyediakan makanan yang enak.

Sejak kejadian itu, pari-pari tidak muncul lagi. Namun tukang kasut tetap bekerja keras. Akhirnya mereka berdua hidup senang lenang.

PERKATAAN BARU :
1- terperanjat - terkejut

2- dibentuk - menjadikan atau membuat supaya melengkung

3- mengetuk - memukul dengan sesuatu alat

4- tergesa-gesa - cepat-cepat

5- kemahiran - kecekapan


2 comments:

  1. Oohhh!Teringat zaman sekolah rendah dulu...cerita ni ialah cerita favourite bila masuk perpustakaan sekolah. Tp gambar dia tak sama dgn buku ini cuma jalan cerita dia sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. the elves and the shoemaker by grimm brothers :)

      Delete