Pages

Saturday, June 5, 2010

Hansel dan Gretel


TAJUK : HANSEL DAN GRETEL

ISBN : 978-983-165-752-2

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada seorang pencari kayu yang hidup miskin bersama 2 orang anaknya, Hansel dan Gretel. Ibu tiri mereka sangat jahat. Kerana kemiskinan hidup, isterinya mencadangkan kepada pencari kayu itu supaya meninggalkan Hansel dan Gretel di hutan.

Hansel yang terdengar perbualan ayah dan ibu tirinya mengutip seberapa banyak batu putih yang ada. Esoknya, Hansel menjatuhkan batu-batu yang telah dikutip di sepanjang perjalanan. Pada malam hari, Hansel dan Gretel berjaya pulang ke rumah mengikuti anak-anak batu yang dijatuhkan tadi.

Ibu tirinya berasa amat marah. Dia menyuruh suaminya membawa Hansel dan Gretel ke dalam hutan sekali lagi. Kali ini Hansel tidak sempat untuk mengutip batu-batu kecil. Dia menggunakan roti bekalan, ditabur sepanjang jalan untuk dijadikan petunjuk untuk pulang ke rumah. Sayangnya cebisan-cebisan roti itu di makan burung.

Hansel dan Gretel tersesat jauh ke dalam hutan. Mereka berjumpa dengan seorang ahlli sihir yang suka makan kanak-kanak. Mereka menjadi tawanan ahli sihir itu. Gretel yang pintar telah menolak ahli sihir itu masuk ke dalam ketuhar yang panas.

Mereka akhirnya berjaya pulang ke rumah. Ibu tiri mereka telah meninggal dunia. Mereka hidup bahagia bersama ayah mereka, dengan menggunakan emas yang terdapat di rumah ahli sihir tadi.

PERKATAAN BARU :
1- ibu tiri - isteri bapa yang bukan ibu sebenar

2- akal - buah fikiran

3- lorong - jalan kecil

4- terjengul - menonjol keluar

5- berzat - berkhasiat




4 comments: