TAJUK : BULU BURUNG BERWARNA-WARNI
ISBN :
978-983-165-746-1
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2008
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Suatu ketika dahulu, bulu burung tidak berwarna-warni. Bulu mereka pudar dan tidak menarik.
Di Negeri Kayangan, tinggal seorang puteri yang sangat jelita. Baginda sukakan benda-benda yang cantik. Puteri Kayangan dan dayang-dayangnya selalu turun ke bumi untuk mandi-manda. Mereka selalu melihat burung-burung yang berterbangan.
Tuan Puteri hendak memberi warna kepada burung-burung tersebut. Tuan Puteri meminta dayang-dayang menyediakan pakaian yang berwarna warni. Ketua dayang turun ke Bumi dan menyampaikan pesana tuan puteri kepada sekalian burung. Malangnya tidak semua burung yang mendapat pesanan itu.
Pada malam hari, tuan puteri telah turun ke Bumi bersama dayang-dayang dengan pakaian yang berwarna-warni. Mereka mengoyakkan pakaian mereka hingga menjadi perca-perca. Perca kain melayang ditiup angin. Setelah selesai, mereka kembali ke kayangan.
Udara yang semakin sejuk membuatkan embun mula menitis ke Bumi. Embun telah membasahi perca-perca kain tadi. Warna pada perca-perca kain itu melekat pada daun dan dahan-dahan pokok. Warna-warna yang cantik ini menarik perhatian burung-burung.
Mereka pun berebut-rebut memilih cecair warna lalu menggesel-geselkan bulu mereka. Burung Merak bertuah kerana mempunyai bulu yang pelbagai warna. Sudah banyak burung yang mempunyai bulu yang berwarna-warni.
Bangau dan gagak tiba paling lambat. Hanya warna hitam dan putih sahaja yang tinggal. Sejak itu burung mempunyai bulu yang berwarna-warnni.
MORAL :
Kita mestilah mengambil tahu tentang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling kita.
PERKATAAN BARU :
1- pudar - berwarna suram
2- kayangan - di atas langit
3- jelita - cantik
4- perca - kepingan kecil
5- embun - wap air yang turun pada waktu malam
6- gesel - gosok
No comments:
Post a Comment