Friday, June 11, 2010

Tentera Mainan


TAJUK : TENTERA MAINAN

ISBN :
978-983-165-761-4

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada seorang kanak-kanak lelaki menerima hadiah sebuah kotak tentera mainan sempena hari lahirnya. Dalam set tiu, terdapat satu tentera mainan yang hanya mempunyai sebelah kaki. Dia juga mempunyai anak patung balet perempuan yang diperbuat daripada kertas. Anak patung balet itu juga berdiri dengan sebelah kaki.

Suatu hari, angin kencang telah menyebabkan tentera mainan itu jatuh ke jalan raya. Kanak-kanak yang terjumpa tentera mainan itu telah meletakkannya di dalam kapal layar kertas lalu melayarkannya ke longkang. Anak patung itu terjatuh ke dasar sungai dan telah dimakan oleh seekor ikan. Ikan itu terperangkap di dalam pukat nelayan. Nelayan telah menjual ikan itu di pasar.

Ikan itu telah dibeli oleh ibu kanak-kanak itu. Dia terkejut lalu memanggil anaknya. Kanak-kanak itu gembira kerana tentera mainannya telah dijumpai. Namun kegembiraan itu tidak lama kerana adiknya yang nakal telah mencampakkan tentera mainan itu ke dalam api. Angin yang bertiup telah menyebabkan anak patung balet juga terbakar ke dalam api.

PERKATAAN BARU :
1- balet - sejenis tarian klasik barat

2- berkilau - bercahaya gemerlap

3- melayarkan - melepaskan pergi

4- dasar - bahagian bawah

5- berkerlipan - berkelip-kelip

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon