Saturday, June 12, 2010

Thumbelina


TAJUK : THUMBELINA

ISBN978-983-165-759-1

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada sepasang suami isteri yang baik hati, tetapi tidak mempunyai anak. Suatu hari, datang seorang pari-pari memberi biji benih kepada pasangan itu. Rupa-rupanya, biji benih itu mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik dan didalamnya ada seorang kanak-kanak perempuan yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Mereka menamakan kanak-kanak itu Thumbelina.

Suatu malam, seekor katak yang hodoh muncul dan cuba menculik Thumbelina kerana hendak dijodohkan dengan anaknya. Dalam perjalanan, Thumbelina telah diselamatkan oleh seekor ikan yang menghantarkan kepada sahabatnya, seekor tikus.

Thumbelina berjumpa dengan seeor burung layang-layang yang cedera. Setelah sihat kerana dirawat oleh Thumbelina, burung itu membawa Thumbelina terbang ke sebuah taman yang cantik.

Di sana, Thumbelina bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai saiz sama sepertinya. Mereka akhirnya berkahwin. Lelaki itu adalah Raja bunga-bunga di taman itu.


PERKATAAN BARU :
1- dikurniakan - dianugerahkan

2- bersyukur - berterima kasih

3- berlapikkan - beralaskan

4- cencorot tanah - tikus mondok

5- mahkota - alat kebesaran raja

3 comments:

Unknown said...

How much the price for the book?

Unknown said...

5 ringgit I think so

Unknown said...

Cerita thumbelina sangat seronok
😍😍😍

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon