Thursday, July 8, 2010

Puteri Gunung Ledang

TAJUK : PUTERI GUNUNG LEDANG

ISBN :
978-983-165-724-9

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Di puncak Gunung Ledang, tinggal seorang puteri yang terkenal dengan kebijaksaan dan kecantikannya. Tiada siapa yang pernah sampai ke puncak gunung itu kerana ianya sangat jauh. Terdapat pelbagai binatang buas di dalam hutan Gunung Ledang.

Berita tentang Puteri Gunung Ledang tersebar hingga ke istana Melaka. Sultan Melaka hendak menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya. Baginda memerintahkan pembesar istana untuk menghantar utusan peminangan itu.

Rombongan ppeminangan yang diketuai oleh Tun Mamat berangkat dengan membawa banyak hadiah untuk tuan puteri. Mereka melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke puncak gunung.

Dipertengahan jalan, mereka bertemu dengan nenek kebayan. Setelah bertanyakan arah istana tuan puteri, Tun Mamat dan ahli rombongannya meneruskan perjalanan mereka. Mereka tidak tahu bahawa Puteri Gunung Ledang telah menyamar menjadi nenek kebayan.

Mereka akhirnya tiba ke istana tuan puteri yang cantik dan besar. Tun Mamat pun memberitahu hajat Sultan Melaka. Tuaan puteri bersetuju menerima pinangan itu jika Sultan Melaka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah semangkuk darah putera sultan.

Setibanya rombongan ke Melaka, Tun Mamat segera memberitahu sultan segala syarat yang diminta oleh tuan puteri. Akhirnya, Sultan Melaka membatalkan niatnya untuk memperisterikan tuan puteri kerana tidak sanggup membunuh anaknya.

MORAL :
Jangan kita berhajat terlalu tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sebenar.

PERKATAAN BARU :
1- kaum - takjub

2- meminang - mahu jadikan isteri

3- utusan - wakil

4- bertembung - terserempak

5- menyamar - meniru paras rupa

6- hajat - keinginan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...