TAJUK : RAJA BERSIUNG
ISBN :
978-983-165-725-6
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2009
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Suatu ketika dahulu, negeri Kedah telah diperintah oleh seorang raja yang mempunyai gigi siung. Baginda digelar sebagai Raja Bersiung. Baginda sangat ditakuti oleh rakyatnya kerana baginda seorang yang garang dan suka marah-marah.
Setiap kemahuannya mesti dipenuhi. Jika tidak, pasti ada orang yang akan menerima hukuman berat. Rakyat tidak suka kepada Raja Bersiung tetapi tidak berani membantah.
Pada suatu hari, baginda sangat lapar lalu memerintahkan tukang masak segera menyediakan makanan untuk baginda. Kerana masak dalam keadaan yang tergesa-gesa, tukang masak telah terhiris jarinya sewaktu memotong sayur kegemaran Raja Bersiung, iaitu sayur bayam. Darahnya telah menitis ke dalam sayur tersebut.
Tukang masak tidak sempat untuk memasak makanan lain. Sayur itu telah dihidangkan kepada Raja Bersiung. Baginda makan dengan penuh selera. Baginda bertanya kepada tukang masak tentang ramuan yang digunakan. Kerana takut, tukang masak telah menceritakan segalanya. Sejak hari itu, setiap makanan yang dihidangkan mesti dicampur dengan darah. Akhirnya gigi siung baginda bertambah panjang.
Rakyat yang ketakutan telah lari ke dalam hutan menyelamatkan diri. Pembesar istana telah berpakat untuk menangkap baginda. Raja Bersiung ang ketakutan telah lari ke dalam hutan dan tidak kembali lagi. Negeri Kedah kembali aman.
MORAL :
Jika kita berkuasa, janganlah bersikap zalim kepada orang lain.
PERKATAAN BARU :
1- siung - taring
2- menitis - menitik
3- rencah - ramuan
4- zalim - kejam
5- berpakat - merancang
6- menyerang - menyerbu
0 comments:
Post a Comment