TAJUK :
SUMPAHAN SANG KELEMBAI
ISBN :
978-983-165-732-4
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2009
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Setiap hari, Badek akan ke hutan mencari kayu untuk menyara keluarganya. Suatu hari, ketika sedang menebang pokok, Badek didatangi oleh seorang nenek kebayan. Nenek itu ingin menolong Badek dengan syarat Badek tidak boleh sombong dan sentiasa menolong orang susah. Sejak hari itu, rezeki Badek sekeluarga bertambah sehingga Badek dan keluarganya hidup senang.
Badek mulai lupa akan janjinya kepada nenek kebayan. Melur sudah dewasa dan menjadi gadis jelita yang menjadi pujaan ramai jejaka kampung. Badek yang sombong itu mengahwinkan Melur dengan anak orang kaya. Tetamu yang diundang hanyalah orang kaya sahaja. Sewaktu majlis berlangsung, nenek kebayan telah hadir.
Badek yang sudah tidak mengenali nenek kebayan segera mengusir orang tua yang hodoh itu pergi dari majlisnya. Rupa-rupanya nenek kebayan itu adalah Sang Kelembai. Kerana marah dengan Badek yang telah melanggar janji, nenek kebayan pun menyumpah Badek menjadi batu.
MORAL :
Janganlah kita bersikap sombong setelah mendapat kesenangan.
PERKATAAN BARU :
1- usang - buruk
2- sombong - angkuh
3- rezeki - hasil kerja
4- kenduri - jamuan
5- menjemput - memanggil
6- melanggar janji - tidak menepati janji
0 comments:
Post a Comment