TAJUK : SI TENGGANG
ISBN :
978-983-165-735-5
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2009
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Tengganng tinggal bersama ibu bapanya di sebuah pulau. Mereka hidup miskin. Setiap hari Tenggang membantu keluarganya bercucuk tanam dan menangkap lotong. Lotong-ltong itu sering merosakkan tanaman mereka.
Suatu hari, ketika cuba menangkap seekor lotong, lotong itu telah menggigit lengan Tenggang. Tenggang menjerit kesakitan. Jeritan itu telah didengari orang seorang kelasi kapal yang sedang berehat di tepi pantai. Kelasi itu membawa Tenggang ke kapalnya.
Nakhoda dan kelasi kapal telah merawat Tenggang dengan baik. Tenggang telah diajar tentang selok-belok pelayaran sehingga menjadi pelayar yang cekap. Beberapa tahun kemudian, nakhoda telah menyerahkan kapalnya kepada Tenggang.
Sikap Tenggang berubah menzali zalim dan tamak. Banyak kapal dagang yang dirompak oleh Tenggang. Tenggang menjadi kaya-raya dengan hasil rompakan. Dia pun berkahwin dengan seorang puteri raja. Puteri itu sering dibawa belayar.
Suatu hari, kapal yang dinaiki oleh Tenggang telah dipukul ribut. Ribut telah membawa kapal Tenggang pulanng ke kampung asalnya. Orang kampung yang ternampak Tenggang segera memberitahu ayah dan ibunya. Mereka sangat gembira dengan berita itu.
Mereka pun menaiki perahu menuju ke kapal Tenggang. Tenggang yang malu dengan isterinya telah tidak menghiraukan ayah dan ibunya. Ibu Tenggang berdoa kepada Tuhan. Tenggang, anak derhaka telah bertukar menjadi batu dan tenggelam bersama-sama kapalnya.
MORAL :
Janganlah sesekali kita menderhaka kepada ibu bapa.
PERKATAAN BARU :
1- menerkam - menerpa
2- berlabuh - kapal yang singgah di sesuatu tempat
3- rompak - samun
4- tengking - jerit
5- tenggelam - karam
6- menderhaka - melawan
0 comments:
Post a Comment