Monday, July 5, 2010

Bawang Merah Bawang Putih

TAJUK :
BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

ISBN :
978-983-165-727-0

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Bawang Merah mempunyai seorang adik tiri bernama Bawanng Putih. Bawang Putih tidak suka kepada Bawang Merah dan sentiasa mencari salah. Setiap hari, Bawang Merah dipaksa untuk melakukan kerja-kerja rumah sementara Bawang Putih hanya duduk dan bermain.

Apabila dewasa, Bawang Putih semakin cemburu kepada Bawang Merah. Bawang Merah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Ramai pemuda kampung yang terpikat padanya. Bawang Merah sering menangis berdekatan dengan perigi.

Suatu hari, muncul seekor ikan kaloi. Sejak hari itu, Bawang Merah sering ke perigi itu untuk bertemu dengan ikan kaloi yang telah menjadi sahabatnya. Rupa-rupanya, ibu Bawang Merah sering memberi ikan kaloi itu makan. Ikan kaloi inngin membalas jasa ibu Bawang Merah.

Malangnya, ibu tirinya ternampak perbuatan Bawang Merah bersama ikan kaloi itu. Tanpa pengetahuan Bawang Merah, Bawang Putih telah menangkap ikan itu untuk dijadikan hidangan. Bawang Merah yang kelaparan telah makan dengan berselera sekali. Malam itu, Bawang Meah telah bermimpi bertemu dengan arwah ibunya. Ibunya telah menceritakan segala yang berlaku lalu menyuruh Bawang Merah mencari tulang ikan itu dan menanamnya.

Esoknya, tempat tertanamnya tulang ikan itu telah ditumbuhi sebatang pohon beringin. Ada sebuah buaian di situ. Suatu hari, suatu Bawang Merah sedang bermain buaian sambil bernyanyi, lalu Putera Raja berada pengawalnya untuk berburu. Putera Raja terpikat dengan suara Bawang Merah. Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia di istana.

MORAL :
Janganlah kita berasa iri hati pada kelebihan yang dimiliki orang lain.

PERKATAAN BARU :
1- cemburu - iri hati

2- perigi - telaga

3- muncul - keluar tiba-tiba

4- budi - jasa baik

5- mengadu - memberitahu

6- berselera - berkeinginan untuk makan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon