Sunday, July 11, 2010

Puteri Santubong Puteri Sejinjang

TAJUK : PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG

ISBN :
978-983-165-731-7

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah dua orang puteri yang hidup di negeri kayangan. Mereka selalu bermain bersama-sama. Pada suatu hari, Dewa Sang Lang menghantar utusan untuk bertemu mereka.

Dewa Sang Lang mengutuskan mereka ke bumi untuk membantu penduduk di Kampung pasir Putih dan Kampung Pasir Kuning yang berperang kerana berebut beras.

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertemu dengan penduduk di situ. Mereka memberi nasihat agar penduduk kampung berdamai.

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bersama-sama membantu penduduk di kedua-dua kampung itu untuk memulakan hidup baru. Banyak kerosakan berlaku akibat peperangan. Penduduk kedua-dua kampung itu berasa malu dan terhutang budi kepada Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

MORAL :
Usahlah kita berperang atau bermusuh kerana tidak menguntungkan sesiapa.

PERKATAAN BARU :
1- berperang - berlawan

2- mendamaikan - membaikkan kedua-dua pihak

3- menderita - sengsara

4- diutuskan - dihantar

5- berselerak - bertabur

6- sengketa - berbalah

8 comments:

UnknownBlogger. said...

thanks!i needed this for my sivik project..

Mama Ally said...

sivik form 1 i guess :)

Unknown said...

mcm mana nak dapatkn buku ni? kalau masih aktif on blogging..email saya cahayaashikin@ymail.com ..TQ :)

Unknown said...

👎

Unknown said...

Mama ally memang terbaik

Unknown said...

sama baik

Unknown said...

best your book

Unknown said...

Thanks..I use this for my Nilam

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon