Thursday, January 6, 2011

Puteri Bunian Disumpah

TAJUK : PUTERI BUNIAN DISUMPAH

ISBN : 978-967-318-012-7


PENGARANG
: Rubiah Jusoh


PENERBIT
: NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16


TAHUN TERBIT
: 2008


JENIS BUK
U : Fiksyen


BAHASA
: BM

SINOPSIS :

Seorang puteri bunian telah disumpah menjadi seekor ketam yang besar. Suatu hari, ketam itu telah ditangkap oleh seorang nelayan bernama Awang.


Ketam besar merayu kepada Awang agar melepaskannya dan berjanji akan memberikan Awang kekayaan. Awang bearsa terkejut kerana rumahnya telah bertukar menjadi rumah yang cantik lagi besar.


Pada malamnya, awang bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih. Lelaki itu memberitahu ketam besar itu adalah puteri bunian yang telah disumpah. Tuan puteri akan bertukar menjadi manusia jika ada yang sudi berkahwin dengannya.


Akhirnya Awang berkahwin dengan puteri bunian dan hidup aman bahagia.


MORAL:

Berbuat baik akan mendapat balasan yang baik juga


GLOSARI :

1- rezeki - punca pendapatan


2- bintur - sejenis jaring


3- rayu - minta belas kasihan


4- berjubah - berpakaian labuh untuk muslim


5- disumpah - ditegur


6- menyeru - memanggil




Wednesday, January 5, 2011

Malang Si Belang

TAJUK : MALANG SI BELANG

ISBN : 978-967-318-006-6


PENGARANG
: Rubiah Jusoh


PENERBIT
: NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16


TAHUN TERBIT
: 2008


JENIS BUK
U : Fiksyen


BAHASA
: BM

SINOPSIS :



PERKATAAN BARU :

Tuesday, January 4, 2011

Padi Berbuah Emas

TAJUK : PADI BERBUAH EMAS

ISBN : 978-967-318-005-9


PENGARANG
: Rubiah Jusoh


PENERBIT
: NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16


TAHUN TERBIT
: 2008


JENIS BUK
U : Fiksyen


BAHASA
: BM

SINOPSIS :

Hasan tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai sawah padi yang sangat luas. Hasan pergi ke sawah untuk menanam padi. Padi tanamannya menguning cantik. Hasan sangat gembira. Usahanya tidak sia-sia. Hasan berasa gembira kerana dia akan menjadi orang yang paling kaya dikampungnya.

Malangnya, ada sekawan burung pipit yang selalu makan padi tanaman Hasan. Hasan tidak suka dengan keadaan itu. Hasan menggunakan lastik untuk menghalau burung-burung pipit itu. Tetapi, burung-burung itu hanya lari untuk seketika. Burung-burung itu akan kembali semula untuk makan padi kepunyaan Hasan. Akhirnya Hasan berasa letih kerana usahanya tidak berhasil.

Suatu hari, datang seorang nenek tua berjumpa Hasan. Nenek itu menasihati Hasan agar berkongsi rezeki yang diperolehnya dengan orang lain. Hasan teringat kepada burung-burung pipit yang selalu makan padi di sawahnya.

Sejak hari itu, Hasan membiarkan burung-burung pipit itu makan padinya. Tiba-tiba padi kepunyaan Hasan berubah menjadi emas. Hasan sangat bersyukur. Sejak itu, hidupnya bertambah senang. Dia selalu menolong orang kampung yang susah.


MORAL :

Orang yang bersikap pemmurah akan mendapat ganjaran yang besar.


GLOSARI :

1- menguning - mulai masak


2- bertungkus-lumus - bekerja bersungguh-sungguh


3- halau - usir


4- kasihan - simpati


5- telatah - tingkah laku


6- senang - tidak ada kesulitan

Monday, January 3, 2011

Pungguk Rindukan Bulan

TAJUK : PUNGGUK RINDUKAN BULAN

ISBN : 978-967-318-004-2


PENGARANG
: Rubiah Jusoh


PENERBIT
: NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16


TAHUN TERBIT
: 2008


JENIS BUK
U : Fiksyen


BAHASA
: BM

SINOPSIS :



PERKATAAN BARU :

Sunday, January 2, 2011

Pokok Semalu yang Pemalu

TAJUK : POKOK SEMALU YANG PEMALU

ISBN :
978-967-318-003-5

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Sultan Zainudin Syah mempunyai seorang puteri yang pemalu bernama Puteri Seri Buana.

MORAL :
Janganlah memaksa seseorang untuk mengikut kemahuan kita kerana buruk padahnya.

GLOSARI :
1- melamar - meminta untuk berkahwin

2- terbeliak - terbuka luas

3- jongang - menonjol keluar

4- rendang - rendah dan banyak daun

5- disumpah - ditulah

6- enggan - tidak mahu

Saturday, January 1, 2011

Kisah Awang Tangan Besar

TAJUK : KISAH AWANG TANGAN BESAR

ISBN : 968-967-318-002-8

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Awang dilahirkan dengan kedua-dua belah tangannya besar. Dia digelar 'Awang tangan besar'. Walaupun keadaan tangannya besar, Awang mempunyai ramai kawan. Dengan tangannya itu, Awang mampu membuat pekerjaan yang berat, yang tidak boleh dilakukan olah kanak-kanak lain.

Raja negeri itu mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Awang jatuh hati kepada tuan puteri. Awang meminta ibunya untuk meminang tuan puteri. Ibu Awang terkejut dengan permintaan Awang, tetapi pergi juga bertemu dengan raja.

Raja menitahkan supaya Awang mencari tujuh butir mutiara sebesar telur angsa. Ibu Awang sedih mendengar titah raja kerana ibunya tahu Awang tidak mungkin dapat mencari mutiara yang dipinta raja.

Awang turun ke laut setelah mendengar cerita ibunya. Dia hendak mencari mutiara seperti yang diminta oleh raja. Awang mula menimba air laut dengan tangan besarnya. Raja ikan yang lalu di situ bertanya kepada Awang mengenai tindakannnya. Awang menceritakan titah rajanya kepada Raja ikan.

Raja ikan telah memerintahkan rakyatnya untuk membawa tujuh butir mutiara sebesar telur angsa kepada Awang. Awang sangat gembira. Akhirnya, Awang berkahwin dengan tuan puteri. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran.

MORAL :
Seseorang yang rajin berusaha akan memperoleh kejayaan.

GLOSARI :
1- cacat - kurang sempurna pada anggota badan

2- bersyukur - berterima kasih

3- kagum - takjub

4- pinangkan - lamar

5- syarat - permintaan

6- menyembahkan - menyampaikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon