Saturday, January 1, 2011

Kisah Awang Tangan Besar

TAJUK : KISAH AWANG TANGAN BESAR

ISBN : 968-967-318-002-8

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : NUR ILMU PUBLICATIONS

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Awang dilahirkan dengan kedua-dua belah tangannya besar. Dia digelar 'Awang tangan besar'. Walaupun keadaan tangannya besar, Awang mempunyai ramai kawan. Dengan tangannya itu, Awang mampu membuat pekerjaan yang berat, yang tidak boleh dilakukan olah kanak-kanak lain.

Raja negeri itu mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Awang jatuh hati kepada tuan puteri. Awang meminta ibunya untuk meminang tuan puteri. Ibu Awang terkejut dengan permintaan Awang, tetapi pergi juga bertemu dengan raja.

Raja menitahkan supaya Awang mencari tujuh butir mutiara sebesar telur angsa. Ibu Awang sedih mendengar titah raja kerana ibunya tahu Awang tidak mungkin dapat mencari mutiara yang dipinta raja.

Awang turun ke laut setelah mendengar cerita ibunya. Dia hendak mencari mutiara seperti yang diminta oleh raja. Awang mula menimba air laut dengan tangan besarnya. Raja ikan yang lalu di situ bertanya kepada Awang mengenai tindakannnya. Awang menceritakan titah rajanya kepada Raja ikan.

Raja ikan telah memerintahkan rakyatnya untuk membawa tujuh butir mutiara sebesar telur angsa kepada Awang. Awang sangat gembira. Akhirnya, Awang berkahwin dengan tuan puteri. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran.

MORAL :
Seseorang yang rajin berusaha akan memperoleh kejayaan.

GLOSARI :
1- cacat - kurang sempurna pada anggota badan

2- bersyukur - berterima kasih

3- kagum - takjub

4- pinangkan - lamar

5- syarat - permintaan

6- menyembahkan - menyampaikan

1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon