TAJUK : PADI BERBUAH EMAS
ISBN : 978-967-318-005-9
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : NUR ILMU PUBLICATIONS
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2008
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Hasan tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai sawah padi yang sangat luas. Hasan pergi ke sawah untuk menanam padi. Padi tanamannya menguning cantik. Hasan sangat gembira. Usahanya tidak sia-sia. Hasan berasa gembira kerana dia akan menjadi orang yang paling kaya dikampungnya.
Malangnya, ada sekawan burung pipit yang selalu makan padi tanaman Hasan. Hasan tidak suka dengan keadaan itu. Hasan menggunakan lastik untuk menghalau burung-burung pipit itu. Tetapi, burung-burung itu hanya lari untuk seketika. Burung-burung itu akan kembali semula untuk makan padi kepunyaan Hasan. Akhirnya Hasan berasa letih kerana usahanya tidak berhasil.
Suatu hari, datang seorang nenek tua berjumpa Hasan. Nenek itu menasihati Hasan agar berkongsi rezeki yang diperolehnya dengan orang lain. Hasan teringat kepada burung-burung pipit yang selalu makan padi di sawahnya.
Sejak hari itu, Hasan membiarkan burung-burung pipit itu makan padinya. Tiba-tiba padi kepunyaan Hasan berubah menjadi emas. Hasan sangat bersyukur. Sejak itu, hidupnya bertambah senang. Dia selalu menolong orang kampung yang susah.
MORAL :
Orang yang bersikap pemmurah akan mendapat ganjaran yang besar.
GLOSARI :
1- menguning - mulai masak
2- bertungkus-lumus - bekerja bersungguh-sungguh
3- halau - usir
4- kasihan - simpati
5- telatah - tingkah laku
6- senang - tidak ada kesulitan
3 comments:
Cerita yang bagus boleh buat nilam
Wah sangat2 bagus
yahh benar
Post a Comment