Tuesday, June 8, 2010

Pinocchio


TAJUK : PINOCCHIO

ISBN :
978-983-165-756-0

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Geppetto mengukir sebuah anak patung kayu yang kecil.. Tiba-tiba anak patung itu boleh bergerak. Geppeto menamakannya Pinochio. Anak patung itu dibuatkan baju dan dihantar ke sekolah.

Dipertengahan jalan, Pinocchio telah menjual semua kelengkapan sekolah untuk membeli tiket pertunjukan boneka. Tanpa diduga, dia hampir ditangkap oleh ketua pertunjukan itu. Kerana kasihan, dia dilepaskan. Tetapi, Pinocchio telah ditipu menyebabkan dia kehilangan duit yang diberi oleh Tok Dalang, ketua pertunjukan boneka itu.
Sewaktu menangis, muncul seorang pari-pari. Pinocchio telah berbohong menyebabkan pari-pari itu marah. Dia telah disumpah, hidungnya akan bertambah panjang jika dia terus berbohong.



Sewaktu pulang ke rumah, Pinocchio mendapati ayahnya tiadak ada. Rupa-rupanya ayahnya berada di dalam perut ikan paus. Pinocchio bertindak berani mencari ayahnya. Akhirnya pari-pari itu telah menukarkan Pinocchio menjadi kanak-kanak lelaki sebenar. Dia berjanji tidak akan berbohong lagi.

PERKATAAN BARU :
1- mengukir - membuat lukisan dengan memahat

2- boneka - anak patung

3- berganda - bertambah

4- pinggir - tepi

5- menyesal - insaf

2 comments:

Unknown said...

takde moral ke sayang oii

Anonymous said...

Kan blh PASTE sinopsis tu.c pyh sln blk.
Senang!!!!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon