TAJUK : JAMBUL BELATUK MAHKOTA DIRAJA
ISBN : 978-983-165-730-0
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2009
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Suatu masa dahulu, Negeri Kayangan diperintah oleh seorang raja yang adil bernama Sultan Badrul Syah. Baginda memiliki dua orang putera. Putera sulung bernama Putera Bahrin Syah dan adiknya, Putera Nazir Syah.
Kedua-dua putera ini memiliki sfat yang berbeza. Putera sulung lebih matang dan bijaksana berbanding adiknnya. Rakyat dan para pembesar lebih suka kepada Putera Bahrin Syah. Putera Nazir Syah pula seorang yang tamakkan kuasa dan tidak sabar untuk menjadi sultan di negeri itu. Baginda juga seorang yang sombong dan tamak.
Putera Nazir Syah bercadang untuk mencuri mahkota sultan milik ayahandanya. Suatu malam, Putera Nazir Syah berjaya mencuri mahkota itu sewaktu ayahandanya sedang beradu. Putera Nazir Syah segera menyarungkan mahkota itu ke kepalanya dan mengumumkan pelantikan dirinya sebagai sultan baru negeri itu.
Tindakan itu membuatkan beberapa orang pembesar istana terpinga-pinga. Bagaimana Putera Nazir Syah boleh menjadi sultan sedangkan ayahandanya belum mangkat? Sultan Badrul Syah yang terjaga dan mendengar segala kata-kata putera bongsunya menjadi sangat murka.
Baginda pun menyumpah putera bongsunya menjadi seekr burung belatuk. Mahkota sultan yang masih berada di atas kepala putera bongsunya turut bertukar menjadi jambul merah. Burung belatuk itu dihalau ke bumi.
MORAL :
Jangan bersikap tamak kerana akhirnya kita yang rugi.
PERKATAAN BARU :
1- kayangan - alam yang terpisah dari bumi
2- matang - pemikiran yang dewasa
3- mangkat - meninggal dunia
4- mahkota - tengkolok yang dipakai oleh raja
5- beradu - tidur
6- murka - berasa marah