Saturday, July 3, 2010

Batu Belah Batu Bertangkup

TAJUK :
BATU BELAH BATU BERTANGKUP

ISBN :
978-983-165-728-7

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Mak Tanjung tinggal bersama anaknya Melur dan Pekan. Suatu hari Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Telur itu sangat sedap. Mak Tanjung pergi menangguk ikan di sungai yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.

Pulang ke rumah, Melur disuruh menyiang ikan itu untuk dibuat lauk. Mak Tanjung hendak ke hutan untuk mencari akar kayu. Sebelum pergi, dia berpesan kepada Melur supaya mennyimpan telur ikan itu untuknya. Pekan yang tidak sabar meminta kepada kakaknya untuk makan. Melur memujuk adiknya tetapi tidak diendahkan. Kerana terlalu lapar, Pekan telah menghabiskan semua lauk yang ada.

Mak Tanjung yang baru pulang dalam keadaan letih berasa kacil hati dengan sikap anak-anaknya. Dia berlari ke arah batu belah batu bertangkup yang berpuaka. Melur dan Pekan menyesal atas perbuatan mereka.

MORAL :
Jangan sesekali kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereka banyak berjasa kepada kita.

PERKATAAN BARU :
1- menangguk - menangkap ikan dengan jaring yang berbingkai

2- pesan - ingat

3- mengadu - memberitahu

4- degil - tidak mendengar kata

5- memujuk - menggunakan kata-kata manis dengan tujuan untuk memikat hati

6- berpuaka - memiliki kuasa ajaib

6 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon