Tuesday, July 6, 2010

Ikan Sembilang di Sungai

TAJUK :
IKAN SEMBILANG DI SUNGAI

ISBN :
978-983-165-734-8

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Di daerah Jeram, terdapat sebuah tasik yang mengandungi banyak ikan. Tiada siapa yang berani menangkap ikan di situ kerana takut terkena bencana. Jika ada orang luar yang ingin memancing di situ, mereka sering diingatkan oleh penduduk kampung.

Suatu hari, Suri yang baru berpindah ke kampung itu hendak menangkap ikan di tasik itu. Dia berdegil walaupun telah dinasihati oleh penduduk kampung. Suri tetap pergi dengan membawa serawan jala dan beras sebagai umpan. Suri berjaya menangkap sembilan ekor ikan.

Ikan itu dipanggang setelah isi perutnya dibersihkan. Suri makan kesemua ikan itu dengan penuh selera. Tiba-tiba, perutnya sakit. Dukun Embuk Mariam yang pernah melarang Suri menangkap ikan telah muncul tapi tidak dapat menolong Suri.

Akhirnya Suri telah bertukar menjadi ikan sembilang dan masuk ke dalam sungai itu. Sejak hari itu, sungai itu dinamakan Sungai Sembilang sempena sumpahan itu.

MORAL :
Dengarlah nasihat orang lain agar hidup kita sejahtera.

PERKATAAN BARU :
1- bencana - bahaya

2- memanggang - memasak di atas bara api

3- dukun - bomoh

4- kesal - kecewa

5- ghaib - tidak dapat dilihat

6- disumpah - ditulah

2 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon