Thursday, August 12, 2010

Kulit Kura-kura Retak


TAJUK : KULIT KURA-KURA RETAK

ISBN : 978-983-165-743-0

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Sang Kura-kura dan Sang Itik bersahabat baik. Mereka tinggal di sebuah kolam.

Musim kemarau menyebabkan kolam tempat mereka tinggal menjadi kering. Banyak haiwan berpindah ke tempat lain. Sang Itik dan Sang Kura-kura juga ingin berbuat demikian.

Sang Kura-kura sedih kerana tidak boleh terbang. Sang Itik menawarkan diri untuk membawa Sang Kura-kura terbang. "Kau jangan risau, Sang Kura-kura. Kau gigit saja kayu ini. Jangan sesekali kau buka mulut," pesan Sang Itik.

Semakin lama makin tinggi Sang Itik terbang. Sang Kura-kura masih ingat pesan sahabatnya supaya menggigit kayu itu dengan kuat. Sang Kura-kura sangat gembira kerana ini kali pertama dia terbang di udara.


MORAL :
Janganlah kita bangga diri apabila dipuji.

PERKATAAN BARU :
1- kolam - kawasan air bertakung

2- kemarau - kering

3- akal - buah fikiran

4- gigit - cengkam dengan gigi

5- memuji - menyatakan sesuatu dengan baik

6- retak - garis pada benda keras

Wednesday, August 11, 2010

Bangau Digelar Si Kurus


TAJUK : BANGAU DIGELAR SI KURUS

ISBN : 978-983-165-742-3

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Bangau seekor burung yang sombong. Suatu hari, bangau mendapat berita yang Raja Sulaiman mahu berjumpa dengan semua burung.

Bangau dan semua burung pun berkumpul di istana Raja Sulaiman. Bangau duduk jauh dari burung-burung yang lain. Ia lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan burung-burung lain.

Raja Sulaiman pun bertitah, untuk memperkenankan apa sahaja permintaan burung-burung pada hari itu. Semua burung berasa gembira. Maka burung-burung pun berfikir untuk meminta sesuatu yang akan menguntungkan diri mereka.

Merak ingin bulu yang cantik, menjadi burung yang paling cantik di dunia.  Kelicap mahu paruh yang panjang, agar mudah menghisap madu bunga. Itik inginkan kaki yang lebar, supaya mudah berenang.

Akhirnya tiba giliran Si Bangau. Bangau yang kuat makan itu dengan megahnya berkata, Patik mahu makan ikan tujuh hari sekali, tuanku."

Raja Sulaiman terkejut. Burung-burung lain juga terkejut. Raja Sulaiman meminta Bangau menyatakan permintaannya itu beberapa kali. Bangau tetap membuat permintaan yang sama. Akhirnya Raja Sulaiman menunaikan permintaan Bangau.

Esok harinya, Bangau ke tasik untuk mencari makanan seperti biasa. Malangnya tidak mendapat seekor ikan pun sehinggalah hari ketujuh. Bangau baru sedar akan kesilapannya sewaktu menyatakan hajatnya di hadapan Raja Sulaiman.

Akibat kurang makan, lama-kelamaan tubuh bangau menjadi semakin kurus.


MORAL :
Tiada sesiapa yang ingin menolong jika kita bersikap sombong.

PERKATAAN BARU :
1- sombong - angkuh

2 - memperkenankan - menunaikan

3- menyangka - mengagak

4- menghisap - menyedut

5- hajat - keinginan

6- kesal - kecewa

Tuesday, August 10, 2010

Ular Tidak Berkaki

TAJUK : ULAR TIDAK BERKAKI

ISBN978-983-165-739-3

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM

SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, ular juga mempunyai kaki seperti haiwan lain. Ular mempunyai pelbagai ilmu silat yang digunakan untuk mempertahankan diri.

Ular belajar ilmu silat daripada seorang guru silat yang tinggal di dalam hutan. Antara yang sama-sama belajar dengan guru silat itu ialah ular sawa, ular tedung dan ular lidi.

Akhirnya pelajaran mereka pun tamat. Guru silat memberi nasihat kepada semua ular. Uar-ular pun pulang ke kampung masing-masing.

Sesetengah ular berasa bangga kerana mempunyai ilmu silat. Mereka lupa akan pesanan guru silat mereka. Ular lidi cuba mengingatkan akan pesanan guru silat mereka namun tidak diendahkan oleh ular-ular lain. Ular-ular itu mula menguji kehebatan ilmu silat mereka dengan menyerang haiwan-haiwan di hutan. Banyak haiwan mati akibat serangan ular-ular itu.

Kejadian ular-ular menyerang haiwan lain sampai ke pengetahuan guru silat. Guru silat berasa amat marah. Setelah berdoa, guru silat mendapat ilham untuk mencacatkan ular-ular yang zalim itu.

Guru silat pun masuk ke dalam hutan. Dia berjaya mengumpulkan semua ular yang berguru dengannya, menggunakan kuasa air. Guru silat menangkap dan mengikat mereka pada batang buluh. Guru silap pun memotong kaki ular-ular. Ular-ular itu tidak boleh berbuat zalim lagi

Ular-ular itu tidak dapat bergerak pantas lagi. Mereka berasa amat menyesal. Sejak itu, ular tidak mempynyai kaki. Ular terpaksa bergerak dengan menyusur badannya

MORAL:
Gunakanlah ilmu yang kita pelajari untuk tujuan kebaikan, bukannya untuk bermusuhan.

PERKATAAN BARU:
1. silat - seni mempertahankan diri

2. bongkak - sombong


3. murka - marah


4. bersurai - berpisah


5. menguji - mencuba


6. menyusur - bergerak perlahan





Monday, August 9, 2010

Arnab Berekor Pendek

TAJUK : ARNAB BEREKOR PENDEK

ISBN :
978-983-165-740-9

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ada seekor buaya tinggal di tebing sungai.

MORAL:
Gunalah akal supaya kita tidak diperbodoh oleh orang lain.

PERKATAAN BARU:
1- berniat - bertujuan

2- leka - asyik

3- cerdik - bijak

4- helah - tipu daya, muslihat

5- hebat - perkasa

6- tangkas - pantas

Sunday, August 8, 2010

Angsa Berleher Panjang

TAJUK : ANGSA BERLEHER PANJANG

ISBN :
978-983-165-741-6

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, angsa dan itik bersahabat baik. Mereka selalu pergi ke mana-mana bersama-sama. Pada suatu hari, itik mengajak angsa mencari makanan. Mereka pergi ke tepi sungai tetapi tidak menemui sebarang makanan.

Itik mencadangkan agar mereka menyudu pasir untuk mencari cacing. Setelah lama menyudu, keluar seekor cacing cuba menyelamatkan diri dengan menjalar ke arah banir pokok. Angsa terus mengejar cacing tersebut. Itik mencadangkan agar angsa menghulurkan kepalanya ke celah banir. Angsa menuruti apa yang diarahkan oleh itik.

Tiba-tiba, sebatang dahan jatuh lalu menimpa leher angsa. Akibatnya, leher angsa tersepit di celah banir. Itik datang menolong. Angsa menarik keluar lehernya dengan sekuat hati tetapi tidak berjaya. Akhirnya, angsa berjaya menarik keluar kepalanya. Itik berasa hairan melihat perubahan pada leher rakannya itu.

Leher angsa telah menjadi panjang. Angsa terkejut dengan keadaan itu. Walaupun berleher panjang, itik tetap bersahabat dengannya.


MORAL :
Berhati-hati melakukan sesuatu agar tidak ditimpa bahaya.

PERKATAAN BARU :
1- mengajak - mempelawa

2- letih - penat

3- akal - idea

4- banir - akar pokok yang timbul di tanah

5- menyorok - bersembunyi

6- menghempap - menimpa

Saturday, August 7, 2010

Musang Makan Ayam

TAJUK : MUSANG MAKAN AYAM

ISBN :
978-983-165-738-6

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, musang dan ayam jantan bersahabat baik. Mereka mempunyai kebun jagung. Mereka menjaga kebun mereka bersama-sama supaya tidak dirosak oleh haiwan lain.

Tidak berapa lama kemudian, isteri musang hamil. Musang berasa gembira dan mahu bertemu isterinya. Musang meminta tolong daripada ayam jantan untuk menjaga kebunnya. Ayam jantan bersetuju untuk membantu musang. Musang pun masuk ke hutan untuk bertemu dengan isterinya.

Sepeninggalan musang, ayam jantan telah menjaga kebun mereka dengan baik. Pokok-pokok jagung yang ditanam mula berbuah dengan lebatnya. Ayam jantan berasa sangat seronok. Dia mula berniat jahat. Dia tak mahu memberi jagung kepada musang. Ayam jantan pun memanggil kawan-kawannya. Dia mengajak kawan-kawannya untuk makan jagung yang ada sehingga habis. Kawan-kawannya memuji kebaikan ayam jantan.

Tidak lama kemudian, musang pun pulang. Dia terkejut kerana melihat pokok jagung yang masih tidak berbuah. Ayam jantan memberi alasan yang pokok-pokok jagung mereka tidak berbuah. Musang tidak puas hati. Dia memerhati di sekeliling kebun mereka.

Musang terjumpa tongkol-tomgkol jagung di dalam semak. Tahulah musang yang dia telah ditipu oleh ayam jantan. Musang memberi tempoh selama tiga hari kepada ayam jantan untuk menggantikan jagung bahagiannya tetapi gagal. Sejak hari itu, musang bersumpah akan makan semua keturunan ayam yang dijumpainya. Musang keluar pada waktu malam untuk menangkap ayam-ayam itu.

MORAL :
Usahlah bersikap tamak haloba hingga merugikan diri sendiri.

PERKATAAN BARU :
1- hamil - mengandung

2- bahagian - hak yang dibahagi

3- terkejut - terperanjat

4- dalih - helah, buat alasan

5- sumpah - janji untuk melakukan sesuatu

6- gagal - tidak berjaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon