Monday, August 2, 2010

Kelawar Terbang Malam

TAJUK : KELAWAR TERBANG MALAM

ISBN :
978-983-165-744-7

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Tidak seperti haiwan-haiwan lain, kelawar lebih suka tinggal di dalam gua. Haiwan-haiwan lain tidak suka keadaan gelap di dalam gua. Keadaan ini menyebabkan kelawar berasa sunyi kerana tidak ada kawan.

Suatu hari, kelawar terbang ke luar gua. Dia berharap akan mendapat kawan yang baik dan setia. Kelawar nampak sekumpulan gajah sedang makan tebu. Kelawar ingin bersahabat dengan gajah. Gajah menyuruh kelawar berjanji yang dia akan membantu haiwan di darat jika mereka menghadapi kesusahan. Kelawar bersetuju.

Tidak lama kemudian, berlaku peperangan antara haiwan di darat dengan haiwan di udara. Gajah meminta bantuan kelawar. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menumpaskan haiwan di udara. Akhirnya kumpulan haiwan di darat menang.

Kelawar mulai bosan berkawan dengan haiwan di darat. Dia lalu terbang menemui Helang, ketua haiwan di udara. Helang menyuruh kelawar berjanji akan membantu mereka jika mereka dalam kesusahan. Kelawar bersetuju.

Sekali lagi, berlaku peperangan antara haiwan di darat dan haiwan di udara. Kelawar membantu haiwan di udara menewaskan haiwan di darat. Haiwan di darat berasa terkejut dengan tindakan kelawar dan menyisihkannya. Kelawar berasa insaf dan malu atas perbuatannya.

Sejak itu, kelawar hanya keluar pada waktu malam. Pada siang hari, dia tinggal di dalam gua.


MORAL :
Orang yang mungkir janji dalam persahabatan akan kehilangan saHABAT.


PERKATAAN BARU :
1- hinggap - bertenggek

2- kesusahan - derita

3- berperang - berlawan

4- bosan - jemu

5- bersorak - berteriak

6- sisihkan - pulaukan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon