Wednesday, August 4, 2010

Ayam Mengais Tanah


TAJUK : AYAM MENGAIS TANAH

ISBN :
978-983-165-747-8

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Ayam betina berkawan baik dengan burung helang. Burung helang selalu menemankan ayam betina mencari makanan. Suatu hari, burung helang mengajak ayam betina mencari makanan di tempat lain. Ajakan itu ditolak oleh ayam betina kerana dia tidak boleh terbang.

Burung helang pun menceritakan kisah sebatang jarum emas yang ditemuinya. Dahulunya, burung helang juga tidak boleh terbang seperti ayam betina. Suatu hari, burung helang terjumpa sebatang jarum emas. Burung helang menjahit kepaknya dengan jarum emas itu. Ahirnya burung helang boleh terbang.

Ayam betina tertarik mendengar cerita burung helang. Ayam betina hendak terbang seperti burung helang. Ayam betina hendak meminjam jarum emas itu. Burung helah bersetuju untuk meminjamkan jarum emas kepunyaannya. Burung helang meminjamkan jarun emasnya kepada ayam betina selama sehari kerana dia cuma mempunyai sebatang jarum emas sahaja.

Ayam betina berasa sungguh gembira.

MORAL :
Kita akan menghadapi masalah jika selalu berkhayal ketika membuat sesuatu.

PERKATAAN BARU :
1- mengais-ngais - menguis-nguis dengan kaki

2- menyapa - menegur

3- baik hati - pemurah

4- berkhayal - berangan-angan

5- bertiup - berhembus

6- keturunan - generasi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon