Sunday, August 1, 2010

Pinggang Kerengga Ramping

TAJUK : PINGGANG KERENGGA RAMPING

ISBN :
978-983-165-737-9

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM


SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, kerengga mempunyai pinggang yang besar. Satu hari, hujan turun dengan lebat tidak berhenti-henti. Air sungai semakin naik ke tebing. Haiwan-haiwan yang tinggal di hutan itu mula bersiap untuk berpindah ke tempat lain. Kumpulan kerengga juga tidak terkecuali.

Raja Kerengga mencadangkan agar mereka ke tempat yang lebih tinggi. Mereka berjalan dalam satu barisan yang panjang membawa bekalan makanan. Mereka tinggal di dalam sebuah lubang. Banjir masih belum surut. Bekalan makanan yang mereka bawa juga semakin berkurangan. Raja Kerengga mencadangkan agar rakyatnya mengikat pinggangnya dengan seutas tali. Semua rakyat kerengga juga melakukan hal yang sama. Mereka tidak berasa lapar lagi.

Tidak berapa lama kemudian, banjir pun surut. Raja Kerengga dan rakyatnya membuka ikatan pada pinggang masing-masing. Mereka terkejut apabila melihat pinggang mereka bertukar menjadi ramping. Sejak itu, pinggang kerengga terus ramping hingga ke hari ini.

MORAL :
Sesuatu masalah dapat diatasi jika kita menggunakan akal fikiran.

PERKATAAN BARU:
1- gali - korek

2- surut - bertambah kurang

3- berjimat - cermat

4- akal - buah fikiran

5- ramping - langsing

6- takdir - suratan Tuhan

MORAL :
Sesuatu masalah dapat diatasi jika kita menggunakan akal fikiran.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon