TAJUK : GAJAH BERMATA KECIL
ISBN : 978-983-165-745-4
PENGARANG : Rubiah Jusoh
PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.
BIL. MUKA SURAT : 16
BIL. MUKA SURAT : 16
TAHUN TERBIT : 2008
JENIS BUKU : Fiksyen
BAHASA : BM
SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, gajah menjadi raja kepada segala haiwan di rimba. Gajah haiwan yang sangat gagah dan tiada tandingan. Beberapa ekor haiwan yang cuba berlawan dengan gajah dapat dikalahkan dengan mudah. Gajah berasa bangga. Gajah menjadi riak. Gajah selalu menunjuk-nunjuk kegagahannya. Ia selalu menyerang haiwan kecil. Banyak haiwan dirimba tidak suka dengan perbuatan gajah.
Pada suatu hari, gajah telah masuk ke kebun Orang Asli. Banyak tanaman musnah. Gajah telah makan tebu dengan rakusnya. Sebenarnya gajah dalam bahaya kerana kumpulan Orang Asli telah lama menunggu kedatangan gajah. Mereka telah memasang perangkap. Mereka menyerang gajah yang sedang leka makan tebu.
Lembing Orang Asli terkena pada telinga dan belalai gajah. Gajah menjerit sakit. Gajah pun lari lintang-pukang untuk menyelamatkan dirinya. Gajah mnerempuh perangkap yang telah dibuat oleh Orang Asli, buluh runcing yang sangat tajam. Salah satu daripada buluh itu terkena mata gajah.
Gajah menjerit kerana sakit. Tiada haiwan yang mahu menolongnya. Raja Cacing kasihan melihat keadaan gajah. Raja Cacing pun memberikan matanya kepada gajah. Sejak itu, gajah dapat melihat semula tetapi matanya kecil. Gajah bersahabat kembali dengan haiwan-haiwan lain.
MORAL :
Jika kamu diberi sesuatu kelebihan, gunakanlah kelebihan itu dengan bijak sana
PERKATAAN BARU :
1- gagah - kuat
2- beradu - berlawan
3- bangga - megah
4- jerat - perangkap
5- runcing - tajam
6- bersimpati - berasa kasihan
0 comments:
Post a Comment