Tuesday, August 10, 2010

Ular Tidak Berkaki

TAJUK : ULAR TIDAK BERKAKI

ISBN978-983-165-739-3

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2008

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM

SINOPSIS :
Pada zaman dahulu, ular juga mempunyai kaki seperti haiwan lain. Ular mempunyai pelbagai ilmu silat yang digunakan untuk mempertahankan diri.

Ular belajar ilmu silat daripada seorang guru silat yang tinggal di dalam hutan. Antara yang sama-sama belajar dengan guru silat itu ialah ular sawa, ular tedung dan ular lidi.

Akhirnya pelajaran mereka pun tamat. Guru silat memberi nasihat kepada semua ular. Uar-ular pun pulang ke kampung masing-masing.

Sesetengah ular berasa bangga kerana mempunyai ilmu silat. Mereka lupa akan pesanan guru silat mereka. Ular lidi cuba mengingatkan akan pesanan guru silat mereka namun tidak diendahkan oleh ular-ular lain. Ular-ular itu mula menguji kehebatan ilmu silat mereka dengan menyerang haiwan-haiwan di hutan. Banyak haiwan mati akibat serangan ular-ular itu.

Kejadian ular-ular menyerang haiwan lain sampai ke pengetahuan guru silat. Guru silat berasa amat marah. Setelah berdoa, guru silat mendapat ilham untuk mencacatkan ular-ular yang zalim itu.

Guru silat pun masuk ke dalam hutan. Dia berjaya mengumpulkan semua ular yang berguru dengannya, menggunakan kuasa air. Guru silat menangkap dan mengikat mereka pada batang buluh. Guru silap pun memotong kaki ular-ular. Ular-ular itu tidak boleh berbuat zalim lagi

Ular-ular itu tidak dapat bergerak pantas lagi. Mereka berasa amat menyesal. Sejak itu, ular tidak mempynyai kaki. Ular terpaksa bergerak dengan menyusur badannya

MORAL:
Gunakanlah ilmu yang kita pelajari untuk tujuan kebaikan, bukannya untuk bermusuhan.

PERKATAAN BARU:
1. silat - seni mempertahankan diri

2. bongkak - sombong


3. murka - marah


4. bersurai - berpisah


5. menguji - mencuba


6. menyusur - bergerak perlahan





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Buku Ally Published @ 2014 by Ipietoon